Showing posts with label dysfunctional families. Show all posts
Showing posts with label dysfunctional families. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Nak sidai ke tak sidai kain kotor di ampaian? (To air or not to air dirty linens in public?)

Salam alaikum, 
Maaf sdr/i yang sudi mengikuti blog saya yang tak seberapa ini.  Tanpa sedar, telah sebulan lebih saya tidak mengemaskini blog saya ini.  Tahu-tahu, sudah bertambah lima orang pengikut.  Justeru itu, saya berasa bersalah jika tiada bahan baru yang dipersembahkan.
Masalahnya bukan tiada bahan baru atau berkaitan.  Tapi bila saya mula menulis 9 bulan lalu, hanya untuk diri saya sendiri, lain perasaannya jika dibandingkan dengan menulis untuk pembaca yang mengikuti kiriman-kiriman yang mungkin menyentuh perasaan.  
Tidak dinafikan dalam penulisan memoir atau riwayat hidup, penulis perlu mengambil kira perasaan pelakon-pelakon yang terlibat, terutama ahli-ahli keluarga terdekat.  Masing-masing ada perspektif dan alasan sendiri tentang peristiwa dan tindakan masa lalu. Kecuali dalam keluarga yang mengamalkan demokrasi, di mana ahli-ahlinya yang merasa diri mereka ditindas ('oppressed' or bullied) mendapat pembelaan atau sekurang-kurangnya jawapan yang masuk akal.  
Lantas, amat sukar untuk mencari penyelesaian ('closure') bagi soalan-soalan yang tak terjawab, terutama apabila 99 peratus yang diperkatakan di belakang kita ('behind our backs') enggan dibawa di meja perundingan.  
Maka, ada kes di mana walau telah lebih tiga dekad berlalu, masih terdengarlah ungkitan melalui saudara mara dan jiran tetangga tentang betapa penatnya semua orang yang membantu menjayakan kenduri kahwin yang dilangsungkan dahulu.  Masalahnya dalam masyarakat Asia, terutamanya, saudara perempuan bongsu yang tiada pelindung ('protector') hampir tiada peluang membela diri.  Hanya mampu membayangkan skenario konfrontasi fantasi: 
"Sebab itulah I nak nikah kat masjid, nak bersanding kat dewan dulu.  Tapi you jugak yang nak buat kat rumah you, buat besar-besaran, tiga hari berturut-turut, jemput kawan-kawan you yang I tak kenal pun.  Dah 'tu tak habis-habis dengar you, orang gaji you, sepupu yang rapat dengan you, kawan you ungkit-ungkit sampai sekarang!"
Mendengus:
"Memang tak harus! I penat-penat buatkan majlis berinai, nikah, bersanding, you tak ingat!"
Jawab:     
"You nak I ingat, you nak I balas macam mana lagi?  You tak ingat yang I pun penat buat kerja - hiris daun pandan, siat bunga rampai, cuci pinggan, cuci bilik air, sampai lambat buat rambut kat salon, sampai lambat make-up.  Duit sewa khemah, duit belanja dapur sampai duit beli bawang yang you sebut-sebut pun, I bayar balik ansur-ansur.  Masa I sekolah, masa I kerja, masa I kat kampus, I jagakan anak-anak you, you pergi shopping, pergi holiday, sampai I tak sempat rehat, tak sempat buat kerja sekolah.  Bila I tegur anak you, you tak tegur I.  Bila I dah kahwin pun, I sanggup hantar anak-anak you pergi airport subuh-subuh sepi, dapatkan tempat kat kolej kat Amerika, temankan you jumpa bomoh bila anak-anak you degil, jadi alibi pada husband you.  Semua I sanggup buat, tapi I jugak yang salah bila anak you malas, tak suka belajar, ada boyfriend tak kerja, berpisah dengan suami ... Dah tu you kata pada dia yang dia bodoh, sebab I tolak dia, I busuk hati kahudu ...  Kalau I busuk hati, takde I bawak dia pergi klinik, I tunggu aje sampai you balik dari luar negeri ... I happy you dapat suami kaya, bertanggungjawab, dapat gelaran ... tapi kenapa you tak happy I naik form six, jadi wartawan, masuk universiti, belajar luar negeri, keluar tv?  Takkanlah sepanjang hidup I nak jagakan anak cucu you, duduk kat ceruk dapur you, jadi kambing hitam, ayam tambatan, door mat, punching bag  baru you happy?"
Phew, all in one breath! Out of my chest!
Tapi bagi ramai saudara bongsu di luar sana, yang tiada pelindung yang gagah perkasa, konfrontasi sebegitu hanya khalayan semata.  Dinamika kuasa dan penguasaan saluran propaganda keluarga tetap di tangan mereka yang ada autoriti.  
Makanya, terciptalah memoir, kisah kenang-kenangan seperti Chinese Cinderella oleh Adeline Yen Mah, anak kecil yang setiap pencapaian akademik diperlekehkan oleh abang-abang, kakak dan ibu tirinya.  Walaupun beliau cekal menghadapi deraan fizikal dan psikologi dari ibu tirinya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke England dan menjadi pakar sakit puan di Amerika, namun selepas beberapa dasawarsa, luka lama hanya dapat dirawat melalui karya kreatifnya.



Begitu juga dengan Goodbye Lemon oleh Adam Davies, yang memendam rasa kesalnya tentang kematian abangnya yang setahun lebih tua darinya sehingga ia mencipta memori yang meleset dari kebenaran.  Keadaan ini berterusan hampir tiga dekad kerana keengganan bapanya menjelaskan perkara yang membawa kepada tragedi tersebut.  Sehinggalah bapanya diserang angin ahmar.('stroke'), dan ia hampir membunuh diri kerana ingin mendapatkan perhatian bapanya, barulah cerita sebenar terbongkar.     
Selagi penulis Asia berbelah bagi dalam menceritakan riwayat hidup sejujur dan seikhlas mungkin, selagi itulah kita sukar dapat membaca memoir seperti The Glass Castle dan Half Broke Horses yang dihasilkan oleh Jeanette Walls.