Apakah pandangan generasi muda "over-rated'? |
Sebagai manifestasi rasa tak puas hati terhadap agensi atau institusi yang ada kaitan dengan BN, ada pelajar yang memberitahu bahawa mereka sanggup mengisi minyak di stesen Shell daripada di Petronas, yang mereka tak percaya pada penguatkuasa undang-undang (dan juga pensyarah) Melayu, dan sering menyamakan kekangan ke atas kebebasan bersuara di Malaysia dengan di Zimbabwe***.
Isu ini membawa kepada persoalan tentang pembentukan pendapat awam yang dianggap lazim tapi sebenarnya 'zalim' terhadap pihak-pihak yang dituduh melulu tanpa bukti yang kukuh.
Usaha memenangi hati dan minda Gen Y yang dikatakan akan membentuk 40 peratus daripada jumlah pengundi dalam PR13 ini memang memerlukan strategi yang inovatif. ****
* http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2012/06/gen-y-and-winning-chip.html
** http://helenang.wordpress.com/2012/06/12/dilema-mca-di-antara-hayat-politik-dan-keuntungan-niaga
*** http://www.rockybru.com.my/2012/06/despite-all-that-it-is-still-peaceful.html
**** http://pemudaumnojasin.blogspot.com/2012/03/menawan-hati-pengundi-atas-pagar.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu rencana menarik tentang tanggapan negatif terhadap setiap generasi selepas 'Baby Boomers' (1945-1965).
A Politics for Generation X
http://www.theatlantic.com/magazine/archive/1999/08/a-politics-for-generation-x/6666/
Secara ringkas, apakah Gen X dan Y di Malaysia menepati stereotaip di AS, yakni "pemalas, sinis, suka mengeluh, tak ada arah tujuan, tak pernah puas hati" (slackers, cynics, whiners, drifters, malcontents). Atau apakah kebanyakan mereka "aktif merebut peluang" (go-getters who are just doing it—but their way)?
Antara fakta yang membimbangkan tentang amalan dan orientasi politik belia Amerika ialah:
- Gen X kurang terlibat dalam politik dan sivik, mempamerkan kurang kepercayaan dan keyakinan sosial terhadap pemerintah, kurang kesetiaan pada negara mahupun parti politik dan lebih materialistik daripada generasi sebelumnya
Keadaan ini kelihatan berbeza dengan di Malaysia jika digunakan penglibatan komunikasi dalam talian dan demonstrasi jalanan sebagai ukuran. Apakah pilihanraya yang bersih dan adil, kebebasan maklumat (FoI) dan pemansuhan PTPTN isu-isu penting bagi generasi muda negara ini? Apakah sebenarnya agenda politik mereka?
Secara rambang berdasarkan interaksi saya dengan para pelajar di IPTA khusus untuk kaum pribumi, ada yang condong pada pandangan ahli keluarga dan rakan-rakan sementara ada yang bersikap 'tidak apa' (apathetic). Pun begitu, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk menentukan peratusan pengundi belia 'atas pagar' yang tidak dapat ditelah pendirian mereka - sama ada mudah terpengaruh secara emosi atau berupaya membuat pilihan rasional. Ataupun telah hilang kepercayaan pada mana-mana parti atau ahli politik seperti gejala di bawah?
Gary Ruskin, an Xer who directs the Congressional Accountability Project, a public-policy group in Washington, D.C., puts it this way: "Republicans and Democrats have become one and the same—they are both corrupt at the core and behave like children who are more interested in fighting with each other than in getting anything accomplished."
Apakah belia di Malaysia juga seperti di AS - lebih cenderung pada calon bebas, berdasarkan prestasi dan isu yang diperjuangkan, contohnya YB Wee Choo Keong? Atau Gen X di sini mempunyai tafsiran kewarganegaraan dan identiti nasional mereka sendiri? Yang jelas, mereka lebih materialistik dan individualistik, kurang percaya pada sesama warga negara, institusi negara dan wakil-wakil rakyat. Kecenderungan individualisme dan materialisme yang saling berkaitan, seperti yang dinyatakan oleh Alexis de Tocqueville, boleh mengasingkan satu sama lain, melemahkan ikatan masyarakat yang memberi makna dan kekuatan pada fahaman identiti nasional dan kebaikan bersama.
Explanation X
Televisyen, pentadbiran 1980an dan 1990an (era Mahathir, jika di Malaysia), keruntuhan institusi keluarga dan skandal-skandal yang berterusan dikatakan antara punca mengapa Gen X kurang pendidikan sivik, acuh tak acuh, sinis, bersikap negatif terhadap politik dan sektor awam.
Pun begitu, keadaan ekonomi yang tidak stabil (kemelesetan ekonomi 1990an dan seterusnya) dianggap punca yang lebih tepat yang mendorong mereka bersifat kebendaan dan mementingkan diri sendiri.
Persoalannya:
Apakah ada calon dalam sistem politik Malaysia yang dapat memberi kepimpinan berkaitan isu-isu yang menghantui Gen X, umpamanya fiskal, sosial, dan alam sekitar?
Atau mereka hanya nampak ahli-ahli politik yang mementingkan undi dan jawatan sehingga sanggup menggadaikan prinsip masing-masing?
Lantaran itu, apakah mungkin mereka 'tune out' daripada membuat pilihan?
No comments:
Post a Comment