Sunday, June 17, 2012

Pemimpin Islam Menzalimi Umat Islam?


http://www.islamicity.com/Articles/articles.asp?ref=IC0608-3086  
A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam suasana hening mengingati peristiwa Israa' Mi'raj, terkedu saya mendengar tazkirah selepas subuh yang menyatakan bahawa pemimpin Islam sendiri, dan bukannya campurtangan asing atau kuasa besar, yang menzalimi umat Islam.
Justeru, para jemaah diseru agar membela rakyat yang ditindas pemimpin-pemimpin diktator, baik di Mesir, Libya, Syria mahupun di mana jua.
Tidak disangkal bahawa penindasan rakyat oleh pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba wajib ditentang, namun hujah ini agak keterlaluan jika digunakan untuk konteks Malaysia.
Sebagai seorang Muslimah yang berkecuali, saya mengandaikan bahawa peranan alim ulamak ialah untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam dengan mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian yang mantap bagi merapatkan jurang antara pemerintah dan pembangkang.
Bagaimanapun, saya dapati bukan sahaja ustaz dan da'i yang agak keras menghukum sesama Muslimin daripada menyalahkan Musyrikin, namun di kalangan ibu bapa juga turut mengambil pendirian 'anti-establishment' persis anak-anak Gen X/Y.
Terkejut juga saya tatkala mendengar luahan seorang bapa yang beranggapan bahawa orang Melayu lebih kejam daripada orang Yahudi kerana mengasari saudara sebangsa.        
Bila dihadapkan dengan seruan dan anggapan seumpama itu, lantas ingatan saya melayang kepada teori Spiral of Silence oleh Noelle-Neumann, yang mengatakan bahawa kita cenderung mendiamkan diri bila bimbang yang pendapat kita akan menentang arus. 

No comments: