Monday, June 25, 2012

Just Once

Red Flag Over Tor Tor

Just once, can't the belligerant Kumpulan Bendera Indonesia understand that before the Feringgis, the Brits, the Dutch, the Espanols and the Yankees colonised the Malay Archipelago, we were a seamless region which shared similar culture and custom?
Now, why should the Mandailings in the Peninsula be denied of their legitimate claims to their fore fathers' cultural practices?
Plus, aren't cultures supposed to be dynamic and fluid, not static or fixed to a particular time and space?
At the end of the day, it boils down to a sad case of sibling envy. 
As the high achiever Adik, no matter how much Malaysia helps and accommodates her less fortunate Abang, Big Brother will always fault her.    
Update: Foreign Ministry Summons Indonesian Envoy
http://peraktoday.com/wp/?p=70254
Girls performing the Tor Tor at Gombak 

I'm smart, I'm cool, look at me people

Just once, can the 'Uber Libs' Bangsar Gen Y not be so condescending towards people from lesser 'burbs than 'Chelsea'?
My son and I were 'immersing' ourselves in 'high' culture at the Annexe Gallery's Art for Grabs and KL Alternative Book Fest yesterday when we got a rude shock.
Rude is precisely the word when a so-called writer of children's book taunted and provoked him with 'ugly' remarks. And to think that all these artist 'fartists' claim to be the most PC of Malaysians. Surely they're above bearing grudges and being 'haters' like the common folks? 
Anyway, I didn't stay long enough to make contrarian remarks at their 'Aiyo Wat La?! Awards', "an event to recognise the most politically incorrect remarks uttered in public every year", or Yin Shao Loong and UNSCIENTIFIC MALAYSIA's discussion on "ideas of race in Peninsular Malaysia". 
Just a final note though to adik-adik Hipsters: Just b'cos Aunty dah pakai jilbab, tak bermakna Aunty tak tau mana silap fahaman Syiah, atau mana kelemahan analisis Marx dan sistem Sosialisme ya ....
Art For Grabs 2012 + KL Alternative Bookfest
http://www.timeoutkl.com/art/events/Art-For-Grabs-2012-KL-Alternative-Bookfest

Friday, June 22, 2012

End of Semester Blast


As-salamualaikum wbt.
Ma'af saya mengirimkan lagu 'sempoi', bukan ayat al-Quran atau hadith pada pagi Juma'at yang mulia ini.
But in the spirit of intergenerational camaraderie, I'd like to dedicate this song to my Gen Y students, whom I've taught for the last 12 weeks or so.
There's something about being around pleasant young people that makes me feel alive.
I wish them all the best in their final exams, which starts next week.
And if they're registered first time voters, I hope they'll cast their votes wisely in the next GE. 

Sunday, June 17, 2012

Pemimpin Islam Menzalimi Umat Islam?


http://www.islamicity.com/Articles/articles.asp?ref=IC0608-3086  
A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam suasana hening mengingati peristiwa Israa' Mi'raj, terkedu saya mendengar tazkirah selepas subuh yang menyatakan bahawa pemimpin Islam sendiri, dan bukannya campurtangan asing atau kuasa besar, yang menzalimi umat Islam.
Justeru, para jemaah diseru agar membela rakyat yang ditindas pemimpin-pemimpin diktator, baik di Mesir, Libya, Syria mahupun di mana jua.
Tidak disangkal bahawa penindasan rakyat oleh pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba wajib ditentang, namun hujah ini agak keterlaluan jika digunakan untuk konteks Malaysia.
Sebagai seorang Muslimah yang berkecuali, saya mengandaikan bahawa peranan alim ulamak ialah untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam dengan mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian yang mantap bagi merapatkan jurang antara pemerintah dan pembangkang.
Bagaimanapun, saya dapati bukan sahaja ustaz dan da'i yang agak keras menghukum sesama Muslimin daripada menyalahkan Musyrikin, namun di kalangan ibu bapa juga turut mengambil pendirian 'anti-establishment' persis anak-anak Gen X/Y.
Terkejut juga saya tatkala mendengar luahan seorang bapa yang beranggapan bahawa orang Melayu lebih kejam daripada orang Yahudi kerana mengasari saudara sebangsa.        
Bila dihadapkan dengan seruan dan anggapan seumpama itu, lantas ingatan saya melayang kepada teori Spiral of Silence oleh Noelle-Neumann, yang mengatakan bahawa kita cenderung mendiamkan diri bila bimbang yang pendapat kita akan menentang arus. 

Thursday, June 14, 2012

Kelaziman atau 'Kezaliman Majoriti'?


Apakah pandangan generasi muda "over-rated'?
Menyambung bicara tentang cabaran urus tadbir dan batas-batas demokrasi, saya ingin menyingkap semula pengalaman saya bersama Gen Y* di sebuah IPTS yang diasaskan oleh rakan kongsi BN tapi 90% pelajarnya dikatakan penyokong parti pembangkang**.
    Sebagai manifestasi rasa tak puas hati terhadap agensi atau institusi yang ada kaitan dengan BN, ada pelajar yang memberitahu bahawa mereka sanggup mengisi minyak di stesen Shell daripada di Petronas, yang mereka tak percaya pada penguatkuasa undang-undang (dan juga pensyarah) Melayu, dan sering menyamakan kekangan ke atas kebebasan bersuara di Malaysia dengan di Zimbabwe***.
    Isu ini membawa kepada persoalan tentang pembentukan pendapat awam yang dianggap lazim tapi sebenarnya 'zalim' terhadap pihak-pihak yang dituduh melulu tanpa bukti yang kukuh.
    Usaha memenangi hati dan minda Gen Y yang dikatakan akan membentuk 40 peratus daripada jumlah pengundi dalam PR13 ini memang memerlukan strategi yang inovatif. ****
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2012/06/gen-y-and-winning-chip.html
** http://helenang.wordpress.com/2012/06/12/dilema-mca-di-antara-hayat-politik-dan-keuntungan-niaga
*** http://www.rockybru.com.my/2012/06/despite-all-that-it-is-still-peaceful.html
**** http://pemudaumnojasin.blogspot.com/2012/03/menawan-hati-pengundi-atas-pagar.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu rencana menarik tentang tanggapan negatif terhadap setiap generasi selepas 'Baby Boomers' (1945-1965).
A Politics for Generation X
Today's young adults may be the most politically disengaged in American history. The author explains why, and puts forth a new political agenda that just might galvanize his generation


By TED HALSTEAD
http://www.theatlantic.com/magazine/archive/1999/08/a-politics-for-generation-x/6666/

Secara ringkas, apakah Gen X dan Y di Malaysia menepati stereotaip di AS, yakni "pemalas, sinis, suka mengeluh, tak ada arah tujuan, tak pernah puas hati" (slackers, cynics, whiners, drifters, malcontents). Atau apakah kebanyakan mereka "aktif merebut peluang" (go-getters who are just doing it—but their way)?
Antara fakta yang membimbangkan tentang amalan dan orientasi politik belia Amerika ialah:
  • Gen X kurang terlibat dalam politik dan sivik, mempamerkan kurang kepercayaan dan keyakinan sosial terhadap pemerintah, kurang kesetiaan pada negara mahupun parti politik dan lebih materialistik daripada generasi sebelumnya
Keadaan ini kelihatan berbeza dengan di Malaysia jika digunakan penglibatan komunikasi dalam talian dan demonstrasi jalanan sebagai ukuran. Apakah pilihanraya yang bersih dan adil, kebebasan maklumat (FoI) dan pemansuhan PTPTN isu-isu penting bagi generasi muda negara ini? Apakah sebenarnya agenda politik mereka?
    Secara rambang berdasarkan interaksi saya dengan para pelajar di IPTA khusus untuk kaum pribumi, ada yang condong pada pandangan ahli keluarga dan rakan-rakan sementara ada yang bersikap 'tidak apa' (apathetic). Pun begitu, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk menentukan peratusan pengundi belia 'atas pagar' yang tidak dapat ditelah pendirian mereka - sama ada mudah terpengaruh secara emosi atau berupaya membuat pilihan rasional. Ataupun telah hilang kepercayaan pada mana-mana parti atau ahli politik seperti gejala di bawah?
    Gary Ruskin, an Xer who directs the Congressional Accountability Project, a public-policy group in     Washington, D.C., puts it this way: "Republicans and Democrats have become one and the same—they are both corrupt at the core and behave like children who are more interested in fighting with each other than in getting anything accomplished."
    Apakah belia di Malaysia juga seperti di AS - lebih cenderung pada calon bebas, berdasarkan prestasi dan isu yang diperjuangkan, contohnya YB Wee Choo Keong? Atau Gen X di sini mempunyai tafsiran kewarganegaraan dan identiti nasional mereka sendiri? Yang jelas, mereka lebih materialistik dan individualistik, kurang percaya pada sesama warga negara, institusi negara dan wakil-wakil rakyat. Kecenderungan individualisme dan materialisme yang saling berkaitan, seperti yang dinyatakan oleh Alexis de Tocqueville, boleh mengasingkan satu sama lain, melemahkan ikatan masyarakat yang memberi makna dan kekuatan pada fahaman identiti nasional dan kebaikan bersama.
Explanation X
Televisyen, pentadbiran 1980an dan 1990an (era Mahathir, jika di Malaysia), keruntuhan institusi keluarga dan skandal-skandal yang berterusan dikatakan antara punca mengapa Gen X kurang pendidikan sivik, acuh tak acuh, sinis, bersikap negatif terhadap politik dan sektor awam.
Pun begitu, keadaan ekonomi yang tidak stabil (kemelesetan ekonomi 1990an dan seterusnya) dianggap punca yang lebih tepat yang mendorong mereka bersifat kebendaan dan mementingkan diri sendiri.  
Persoalannya:
Apakah ada calon dalam sistem politik Malaysia yang dapat memberi kepimpinan berkaitan isu-isu yang menghantui Gen X, umpamanya fiskal, sosial, dan alam sekitar?
Atau mereka hanya nampak ahli-ahli politik yang mementingkan undi dan jawatan sehingga sanggup menggadaikan prinsip masing-masing?
Lantaran itu, apakah mungkin mereka 'tune out' daripada membuat pilihan?
Illustration by Seymour Chwast

Tuesday, June 12, 2012

Demokrasi Global: Penjajahan Semula? (Global Democracy equals Recolonisation?)


Dante “Klink” Ang 2nd (left), president and CEO of The Manila Times, talks with former Malaysian Prime Minister Mahatir Mohamed at the Neo-Centennial Keynote Lecture at the University of Santo Tomas on Monday. PHOTO BY RENE DILAN
http://www.manilatimes.net/index.php/news/top-stories/24714-unbounded-freedom-undermines-democracy-mahathir
As-salam.
Menyambung bicara tentang tugas dan tanggungjawab pemerintah, dan juga rakyat, untuk mengekalkan sistem tadbir urus yang teguh dan sihat, saya ingin memetik ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau dianugerahkan ijazah kehormat oleh Universiti Santo Tomas di Manila (11/6/2012).
    “We applaud democracy as the best system of governance ever devised by man, but democracy works only when the people understand the limitations of democracy” 
    “When people think only of the freedoms of democracy and know nothing of the implied responsibilities, democracy will not bring the goodness that it promises” 
    “Instead, it will result only in instability, and instability will not permit development to take place and the people to enjoy the benefits of freedom and rights that democracy promises.”
    Ucapan yang disampaikan di ibu kota negara yang berbangga dengan sistem demokrasi meskipun gagal membebaskan majoriti rakyatnya dari perangkap kemiskinan mencetuskan persetujuan dan percanggahan pendapat. 
    Ada yang bersetuju peri pentingnya pemimpin yang tegas dan cekap, namun masih ramai yang serik dengan pemerintahan ala diktator Ferdinand Marcos (1965-1986). Empat belas tahun (1972-1986) di bawah undang-undang tentera telah menjerumuskan Filipina dari kedudukan kedua selepas Jepun dari segi pertumbuhan ekonomi kepada status "sick man of Asia".
    Justeru, di manakah silapnya sistem demokrasi yang gagal memulihkan kedudukan ekonomi Filipina setelah lebih 25 tahun diamalkan?
    Dr M juga mengajukan soalan yang mengingatkan saya kepada kebimbingan Alexis de Tocqueville tentang 'tyranny of the majority' yang kemungkinan jahil tentang batas-batas pemerintahan demokrasi (tafsiran saya):     
    “Why has democracy not delivered the good life we had expected of it?” 
    “Simply put, it is impossible for the people to rule themselves. There are too many of them and they cannot agree on anything.
    “Government of the people, by the people and for the people will result in a stalemate, in no government at all, in anarchy.”
Lantaran, apakah yang perlu dilakukan? 
    “So what do we do?” 
    “Do we accept the failures of democracy, or do we make some adjustments and sacrifice some of the liberalism of democracy so we may extract something from the system?”
    With all due respect to the great statesman, I find that when people talk about democracy, particularly liberal democracy of the American brand, it appears to be a 'given'. As if there are no counter-factuals or viable alternatives. And that's precisely why I tossed in terms such as the Philosopher King and the Caliphate in the previous posting.
    Menurut Plato, ahli falsafah merupakan pemerintah yang terbaik dalam menerajui 'bahtera negara' (the ship of state).
    "[A] true pilot must of necessity pay attention to the seasons, the heavens, the stars, the winds, and everything proper to the craft if he is really to rule a ship" (The Republic, 6.488d).
    Bagaimanapun, gagasan yang dikemukakan Plato itu dikritik oleh Karl Popper kerana dituduh membawa kepada kebangkitan totalitarianisme pada abad ke20, dengan impian 'kejuruteraan sosial' (cth: DEB) dan 'idealisme', yang dikesan terus kepada Stalin dan Hitler. 
    Ayatollah Khomeini juga dikatakan mendapat ilham dari visi Plato tentang Raja Pendita tatkala berada di Qom pada 1920-an bilamana beliau didakwa menyerapkan unsur-unsur Republik Islam pada gagasan Plato itu.   http://en.wikipedia.org/wiki/Philosopher_king#In_Book_VI_of_The_Republic
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kritikan tentang sistem demokrasi, sila baca makalah berikut:
Why Democracy is Wrong
http://web.inter.nl.net/users/Paul.Treanor/democracy.html
Definition of democracy:
"What exactly is democracy? We must not identify democracy with majority rule. Democracy has complex demands, which certainly include voting and respect for election results, but it also requires the protection of liberties and freedoms, respect for legal entitlements, and the guaranteeing of free discussion and uncensored distribution of news and fair comment. Even elections can be deeply defective if they occur without the different sides getting an adequate opportunity to present their respective cases, or without the electorate enjoying the freedom to obtain news and to consider the views of the competing protagonists. Democracy is a demanding system, and not just a mechanical condition (like majority rule) taken in isolation."
Democracy as a Universal Value, Amartya Sen, Journal of Democracy. (US Congress publication).


Antara hujah-hujah yang boleh dipertimbangkan ialah seperti disenaraikan di bawah:
1.Inequality and democracy
Testable propositions: inequality
Several testable propositions are available for the hypothesis of structural reinforcement of inequality in democracies:
  • in all democratic states there is inequality of wealth and income
  • inequality of wealth and income has not declined permanently in any democratic state
  • in democracies stable over more than one generation, inequality of wealth increases
  • in democracies stable over more than one generation, inequality of income increases
The first proposition is more or less self-evident: the inequality is there. The fact that democracy is rarely investigated as a causal factor is itself a political choice. Most sociologists are democrats: they are not likely to blame democracy for inequality.

Testable propositions: global inequality
In terms of inequality, it seems that a planet is better off without any democracies. Historically, the rise of democracies coincided with a period of unprecedented global inequality. Supporters of the democratic peace theory imply causal relations from this kind of simple correlation ("if there is no war, then democracy caused the peace"). Similar conclusions can be drawn in connection with these testable propositions, such as these about inequality...
  • absolute global inequality between states, as the gap between the gross domestic product (GDP) per capita in the poorest and the richest state, is greater since modern democracies emerged
  • relative inequality between states, as the ratio of per capita GDP in the richest and poorest states, is greater since modern democracies emerged
  • statistical measures of 'national-income' inequality will show a greater coefficient of inter-state inequality in the period of democracies (about the last 150 years) than before it
  • inter-state inequalities of this kind are greater between democracies and non-democracies, than within the group of democracies, or the group of non-democracies
Testing some of these would be difficult: historical economic data is limited. But it would be very surprising if they are not true - for the simple reason that the democratic countries are the rich countries.


2. The conservatism of democratic culture
Unless we assume that liberalism represents the final truth about human beings, we cannot indiscriminately condemn societies that do not conform to it.
Bhikhu Parekh (1993). The cultural particularity of liberal democracy, in David Held (ed.) Prospects for Democracy: North, South, East, West Cambridge: Polity. (p. 169).


Testable propositions...The idea of increasing political conformity and uniformity is difficult to operationalise, but these propositions could be investigated...
  • in democracies, the range of political ideas (in the manifestos of parties elected to parliament) shrinks.
  • in democracies, the difference in stated aims between major parties (those with more than 5% of the vote) also shrinks
  • democracy inhibits the formation of major new political parties (fusions of existing parties excepted): the chance that, in any 10-year period, a completely new party will gain more than 5% of the vote, is small.
  • democracy inhibits the formation of major new political-ideological groups of parties (comparable to the green parties in western Europe, the only such example in the last generation)
3.The myth of moral superiority of democracy
Let me sum up the past two hundred years of democratic history. The intertwined histories of democratic legitimations, social movement activism and institutional changes generated, in some of the world's states, a significant democratization of the institutions of government. Despite antidemocratic countertrends, the long run direction of change in some of the states was a democratization of state power.
testable propositions
If democratisation was categorised historically on the analogy with colonial conquests, these hypotheses could be researched...

  • of the states which have made a transition from non-democracy to democracy since 1939, most have done so following a military intervention by democratic powers.
  • past military intervention by a democratic power, rather than any traditional explanation such as economic development, is the best predictor that a country will be a democracy.
  • of the military interventions since 1900 with the stated purpose of imposing a political system on a state, the majority (if not all) were to impose or restore democracy

  • 4. The constitution of the demos
    Testable propositions: fortress democracy
    The combination of the nation state and global inequality has created a historically unique pattern of 'islands' of wealth co-existing with oceans of poverty. The island metaphor is not entirely accurate, since most rich countries border on other rich countries. They are not in fact surrounded by extreme poverty - it is generally further away from their borders. Mexico, for instance, is no longer a poor country: the poorest immigrants at the Rio Grande come from its southern neighbours. Similarly, most illegal immigrants who cross the Strait of Gibraltar come from sub-Saharan Africa, not from Morocco itself. 
        However the island metaphor is accurate at global level: those who are born in a rich society will live in a rich society, those who are born amid extreme poverty will die there also. The outward transfer of wealth is minimal: development aid is less than 0,5% of GDP in rich countries, and the percentage is falling. The inward transfer of population is minimal. Never before has it been cheaper to travel from one continent to another, never before has the gap in incomes been greater, but migration into the rich western democracies is deliberately kept at a low level. This is what is historically unique, and it does seem to be specific to democracies, in the form suggested by these propositions
    • high-income democracies admit less immigrants than the few high-income non-democracies (such as the United Arab Emirates)
    • the countries which have historically spent the highest proportion of GDP on immigration control are democracies
    • most countries which have installed electronic surveillance at their borders, in order to limit immigration, are democracies
    • in democracies, economic growth produces no corresponding rise in development aid
    • the highest absolute gaps in GNP per capita, for pairs of states, are between democracies and non-democracies
    • the 'privilege' of immigration into a rich democracy is granted disproportionately to those who already come from a rich country. For any specific high-income democracy, the poorest countries have the lowest immigration rates into that democracy, taking account of the relative populations of the two countries.
    • high-income non-democracies are more likely than high-income democracies to accept immigrants from poor or very poor countries
    • the more democratic a country is, the lower the percentage of refugees among its population

Monday, June 11, 2012

Cabaran Tadbir Urus, Zuhud dan Melukut


DYTM Raja Nazrin Shah 
Assalamualaikum.
Setelah sekian lama menghilang dari litar persidangan dan yang sewaktu dengannya, Alhamdulillah saya diberi kesempatan menghadiri Siri Syarahan Razak anjuran Razak School of Government (RSOG) di Mandarin Oriental, KL, pagi ini.
Syarahan berjudul The Challenges of Governance in Contemporary Malaysia dibentangkan oleh DYTM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Anda boleh baca tentang liputan syarahan itu di pautan-pautan berikut:
* http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/11/nation/20120611113540&sec=nation
* http://my.news.yahoo.com/beware-of-loose-promises-and-false-info-says-085729822.html
Secara ringkas, Raja Nazrin merumuskan bahawa dua cabaran utama yang dihadapi dalam mentadbir urus negara kini ialah (i) polarisasi kaum/etnik dan (ii) perangkap pendapatan pertengahan.
Penyelesaian yang disyorkan untuk cabaran pertama ialah kerjasama dan tolak ansur. Sementara jalan keluar untuk cabaran kedua ialah keberanian dan imaginasi untuk menggubal dasar dan melaksanakan pembaharuan.
Titahnya, dalam konteks cabaran semasa, sistem raja berperlembagaan memainkan peranan penting mempastikan perjalanan demokrasi yang sihat dan sebagai alat penyatuan rakyat yang berlawanan tuntutan.

Dari Raja Pendita ke Sistem Khalifah  

Saya tak pasti sama ada Raja Pendita terjemahan yang tepat bagi istilah 'Philosopher King' menurut Utopia Plato, namun saya teruja untuk mengulas Sistem Khalifah terutama di bawah pemerintahan Saidina Umar Ibn Khattab (634-644). 
http://pts.com.my/index.php/buku/umar_al-khattab_reformis_dunia_islam/ 
Hasrat ini saya pendamkan sejak saya membaca novel sejarah yang ditulis oleh Abdul Latip Talib hampir setahun lalu. Saidina Umar memang terkenal sebagai 'singa' kerana sifatnya yang garang dan berani sehingga berazam untuk membunuh Rasulullah saw yang dianggap menggugat kepercayaan turun menurun. Namun, api amarahnya dapat disejukkan oleh alunan ayat al-Quran yang dibaca oleh adik perempuannya yang terlebih dahulu memeluk Islam.  
Bagaimanapun, yang paling saya kagumi ialah sifat zuhud Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda yang dilantik menjadi khalifah. Rasulullah saw dikatakan menghembuskan nafasnya yang terakhir sedang ia berbaring di atas pelepah pohon kurma. Baginda juga enggan memanjakan anak perempuannya Fatimah az-Zahra yang meminta ayahandanya mendapatkan khidmat khadam untuk membantunya melakukan kerja-kerja rumah. 
Diceritakan dalam buku ini bahawa Saidina Umar ra telah bergilir-gilir dengan pembantunya menunggangi dan memegang tali kuda dari Makkah ke satu wilayah Rom yang telah ditawan tentera Islam (mungkin Syria atau Turki). Bila hampir dengan tempat yang dituju, beliau telah melempar kerikil ke arah wakil-wakil Islam yang kelihatan berpakaian mewah sedangkan beliau sendiri masih berpakaian seperti sebelum menjadi khalifah.
Yang paling melekat di benak saya ialah bagaimana beliau meronda setiap ceruk bandar Madinah untuk memastikan bahawa tiada penduduk yang tidur dengan perut kosong. Pada suatu malam, beliau telah menjemput suatu keluarga miskin makan di rumahnya. Beliau sendiri yang menyediakan roti untuk dihidangkan kepada tetamu. Begitu juga, beliau telah melamar seorang gadis untuk dijadikan menantu kerana kejujuran gadis itu pada saat dia dan ibunya menghadapi kesempitan hidup. 
Memanglah sekarang ini telah ada pembahagian tugas di mana agensi tertentu bertanggungjawab mempastikan tiada rakyat yang miskin dan lapar. Dan sifat zuhud yang diamalkan Rasulullah saw mungkin dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa. Mungkin juga ada yang mempertikaikan bahawa lebih baik kaya raya daripada papa kedana sebab harta boleh diinfaqkan sedangkan menadah tangan meminta sedekah bukanlah tabiat yang digalakkan Islam. Wallahu'alam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bacaan seterusnya tentang:           

Pemerintahan Saidina Umar

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
a) Membentuk Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan dasar negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.
Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan ke atas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam diberikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali yang benar-benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu di dalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
a) Memajukan sistem pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 setelah ditikam enam kali bertubi-tubi oleh seorang hamba tawanan Majusi Parsi, Abu Lu'lu'ah atau Fairuz, yang berdendam kerana kekalahan kaumnya. Waktu itu, Umar sedang mengimamkan jema'ah di Masjid al-Nabawi di Madinah. Beliau meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar.
(Disuaikan daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab)

* Satu lagi makalah menarik tentang Saidina Umar ra:
Effective Governance in the Era of Caliphate 'Umar Ibn Al-Khattab (634-644)
oleh Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy & Asmak Ab Rahman http://www.eurojournals.com/EJSS_18_4_12.pdf