Suara emas seniman agung S Affendi dikagumi ramai peminat di Nusantara, tapi sedikit yang tahu tentang kisah cinta yang menghasilkan lagu segar sepanjang zaman ini. Dikatakan bahawa Fatwa Pujangga dicipta khas buat wanita misteri bernama Chairani, penulis warkah yang begitu menyentuh perasaan penyanyi itu. Terdapat lagu berjudul 'Chairani' dalam EP/LP asal S Affendi tetapi kurang dikenali. Puas saya mencari maklumat tentang kehidupan peribadi S Affendi, kalau-kalau ada disebut tentang Chairani, tetapi belum ditemui. Apakah jalinan perasaan antara dua insan ini berakhir di jinjang pelamin atau terkubur di persada pengorbanan?
Versi asli akan dimuatnaik nanti, bila ditemui
No comments:
Post a Comment