Rabiah's decision to leave Singapore after the '65 Separation was a move in the right direction ...
Tuesday, May 29, 2012
Tuah, Metos dan Sejarah
As-salam, hari ini saya terpanggil untuk membicarakan tentang kenyataan Khoo Kay Kim yang mendakwa bahawa tiada rekod yang menunjukkan Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat benar-benar wujud.
Kenyataan ini telah menimbulkan berbagai polemik. Yang terbaru oleh juru blog, Al Semantani di http://lokalgenius.blogspot.com/2012/05/hang-tuah-and-knight-of-round-table.html
Lantaran itu, saya turut merakamkan rasa kesal dengan kenyataan Tan Sri Prof Dr Khoo
Kay Kim.
Sebagai 'pakar' sejarah Malaysia yang terbilang, beliau harus sedar bahawa
setiap tamadun ada metos mereka sendiri. Metos berperanan sebagai sumber inspirasi,
motivasi dan penjenamaan sesuatu bangsa.
Contoh utama ialah metos dewa-dewi serta wira wirawati Yunani.
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/400920/myth/23591/Myth-and-history
Tamadun China juga ada metos Mulan yang dipopularkan melalui filem Disney. Kisah Mulan
berdasarkan puisi yang ditulis oleh seorang wanita kira-kira 420 Masehi, bila
mana kerajaan-kerajaan di Utara China sering berperang dengan kumpulan-kumpulan
nomad. Kira-kira 1,000 tahun lalu, puisi itu mula dinyanyikan. “Ballad of Mulan” yang
terkenal di kalangan anak-anak perempuan selama beberapa keturunan ini
dijadikan asas plot filem Mulan. Bagaimanapun, tiada bukti sejarah tentang kewujudan
Mulan.
Perkara yang sama juga dikatakan tentang peranan Minute Men* dalam sejarah pembebasan Amerika Syarikat dari Britain. Sempadan antara sejarah dan metos memang samar. Malah, sesetengah pengkaji media menganggap berita (yang dikatakan 'fakta' dan dijadikan sumber/bahan sejarah) sebagai metos atau naratif ('news stories'). Contohnya, berita-berita yang disiarkan CNN tentang kejayaan AS dalam kempen perangnya di negara-negara Timur Tengah seperti Operation Desert Storm, War Against Iraq, dll. Kempen 'yellow ribbon' juga dilancarkan untuk menyambut kepulangan 'wira-wira' dari medan peperangan menentang pemerintahan 'kuku besi' Saddam Hussein.
Pendek kata, metos dan legenda juga boleh dimanipulasikan untuk disesuaikan dengan ideologi sesuatu kelompok atau zaman. Sebagai pelajar yang terpengaruh dengan gagasan kesamarataan Sosialisme yang dibawa oleh Kassim Ahmad pada akhir 1970an, saya turut teruja dengan tafsiran watak Hang Jebat yang dipaparkan oleh para intelektual, aktivis dan seniman waktu itu. Pun begitu, sejak milenia baru, telah ada suara-suara yang membela Tuah, umpamanya artikel oleh Haron Daud dalam Jurnal Jebat yang berjudul Kembalikan Hang Tuah ke Tempatnya.
Sebagai 'pakar' sejarah Malaysia yang terbilang, beliau harus sedar bahawa setiap tamadun ada metos mereka sendiri. Metos berperanan sebagai sumber inspirasi, motivasi dan penjenamaan sesuatu bangsa. Contoh utama ialah metos dewa-dewi serta wira wirawati Yunani.
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/400920/myth/23591/Myth-and-history
Tamadun China juga ada metos Mulan yang dipopularkan melalui filem Disney. Kisah Mulan berdasarkan puisi yang ditulis oleh seorang wanita kira-kira 420 Masehi, bila mana kerajaan-kerajaan di Utara China sering berperang dengan kumpulan-kumpulan nomad. Kira-kira 1,000 tahun lalu, puisi itu mula dinyanyikan. “Ballad of Mulan” yang terkenal di kalangan anak-anak perempuan selama beberapa keturunan ini dijadikan asas plot filem Mulan. Bagaimanapun, tiada bukti sejarah tentang kewujudan Mulan.